Friday 30 November 2012

20 tahun sudah, bole bah kalau kau Syu :D


Syu lambat la.. yeee kite tau kita lambat.. dah brape ari dah kan since birthday aku tapi sekarang baru nak post sal birthday mooday aku nih.. saje je, kasi berhabuk sike cerita tu baru nak bagi korang2 tau..(padahal sebenarnya assignment melambak tak nyempat2 nak hupdate cerita ni kau)..

Alhamdulillah, akhirnya sudah menginjak 20 tahun dah umur aku.. orang lain awal2 tahun aritu dah cukup umur tapi aku pulak dah hujung2 tahun baru sibuk nak cukup umur.. haha.. bak kate kawan2 aku, umur ni dah boleh kahwin dah.. tinggal pergi daftar kursus kahwin je.. auww.. haha.. bapak gedik giler minah sorang ni.. tak tau la apekebenda masalah dia kan..  

27/11/2012 dengan rasminya syu dah masuk 20 tahun.. hip hip horaiiii… ohhh yeaahhhh.. oke oke, first2 kita sampaikan ucapan dan harapan setelah menginjak umur 20 tahun ni ye.. skema tak skema nyampah tak nyampah, syu nak bagitau jugak ape yang syu harapkan dalam meniti usia dewasa ni.. bhahaha.. puihhh, dewasa la sangat.. =_=” sejujurnya, bila dah masuk umur 20 tahun ni, aku harap semuanya akan menjadi lebih baik untuk diri aku dan orang di sekeliling aku..

Aku nak berhenti jadi budak suka nangis, tak mo tacink2 lagi, tak mo sedih2 lagi, tak mau sentap lagi (okeyh, cukup kau menipu dan memalsukan kata2 kau syu.. erk, apekah?) ala, tipulah kalau syu nak berhenti nangis, tacink bagai tah pape tah tu sebab itulah syu.. macam mana nekad pon aku nak berhenti jadi budak gembeng aku tak kan boleh kalau dah hati aku ni lembik macam jelly si Patrick starfish dalam cerita spongebob squarepant tu.. euwww.. haha..

Harapan aku yang sebenar2nya ialah, aku nak jadi manusia yang lebih baik.. aku harap aku akan jadi anak yang baik yang berbakti kepada orang tua aku, aku nak jadi kawan yang baik yang tak memilih atau mengabaikan kawan2 aku, aku nak jadi student yang tak nakal2 lagi dalam kelas mahupun di luar kelas dan aku nak jadi calon isteri yang baik.. krik krik… krik krik… ha, semuanya betul kecuali yang calon isteri tu.. kihkihkihkih..

Baru 20 tahun weyh, tak kan dah sibuk fikir nak kahwin bila duit topup aku pon ayah aku yang belikan.. atototoyaii.. pastu pastu aku nak belajar rerajin dan cuba buat yang terbaik dalam study aku.. kalau selama ni aku selalu bernasib baik je dapat result yang oke, aku nak cuba berjaya dengan usaha aku yang betul2 gigih.. kita tak kan selalu dapat yang sempurna tapi kena mencuba kan.. insyaAllah, ada je rezeki nak berjaya kat mana2..

Okeyh, cukup dengan harapan2 dan angan2 dan impian ala2 drama cerita melayu aku tu sebab sekarang aku nak cerita pulak pasal apa yang terjadi sepanjang hari2 birthday aku tu.. sejujurnya aku rasa happy sesangat dengan apa yang aku ada.. Maybe not perfect, namun  merekalah yang menceriakan dan mewarnakan hidup aku kat universiti ni.. siapa? Mestilah housemate2 syu yang tomey2 belaka tu.. sem 3 aku dapat housemate yang gila2, senget, fun, tacink2 tapi seimbanglah semua..

Malam birthday aku je aku dah dapat 3 hadiah special dari diorang.. semuanya hadiah yang aku memang teringin nak ada tapi aku je yang ngengade tak nak beli sendiri..  Pija dengan eka bagi teddy bear besar warna pink, myza bagi jam ice warna biru, jannah dengan kak teha bagi baju gaun girly2 gitu… tak layak rasanya aku terima hadiah yang mahal2 tu semua.. siyes malu gila dengan diorang sebab aku bukan siape2 pon nak dapat hadiah mahal2 macam tu dari diorang.. aku tak pandang harta benda semua tu sebab yang paling penting diorang tau yang aku sayang diorang and diorang sayang aku pon dah cukup sangat2..

Lepastu bila pergi kelas pulak, entah berapa banyak kali entah budak2 kelas aku wish aku sambil nyanyi reramai.. malunyew kitew(malu2 tapi rakam jugak bila diorang nyanyi tu.hahaha) pastu kan pastu kan, kalau guna maxis kan mesti dapat free call sehari kan, so, aku melantaklah telefon orang sesuka hati aku.. berejam jam kau, dengan miza2 sekali aku balun tepon.. aku ingat dah habis dah hari selasa 27hb tu dah settle la kan, ni tak weyh, baru je malam tadi, 28hb malam rabu, housemate2 aku buat hal lagi..

 Kali ni si izzah dengan kak zila pulak pergi belikan kek dengan kfc untuk celebrate birthday aku dengan eka yang kebetulan tak dapat disambut masa tu sebab kitorang busy dengan test(kesian eka, maaf sangat2 sebab syu tak dapat sambut hari tu time birthday eka) diorang bole pulak plan cun2, buat macam elektrik tu blackout pastu tetibe bawak kek dengan lilin yang menyala.. oh so shweet.. siyes diorang ni sweet gile.. dah la masa time blackout tu si myza dok mengumpan aku berbual tah pape dalam bilik, si eka pulak yang memang takot gelap tengah duduk dalam bilik dia ngadap laptop..

Keluar2 je, hamek kau blushing terus kau nampak kek dengan lilin tu.. terharunyew kitewwww..  eka dengan aku pon tersipu sipu malu ala2 gadis melayu lah kan masa nak potong kek tu.. terkepit – kepit.. :P malu2 tapi mahu.. atoyaii.. lepas makan kek dengan kfc tu, sempat plak main tenyeh2 krim kek tu.. Berjaya gak la aku tumpaskan beberapa orang musuh dengan tonyohan krim kek itu ke muka diorang.. hihi.. korang, thanks sesangat dengan semua tu..













Syu sayang korang sangat2.. Syu harap kita semua akan jadi kawan sampai bila2, kalau ada rezeki kita semua serumah lagi ye sem depan.. tamo gadoh2, syu tak suka gadoh2, nanti syu geletek & cubit sorang2 kang.. kalau pape masalah kita cepat2 golek2 sesamew baru cun.. hee~ thanks sebab sabar dengan perangai syu yang gila dan senget nih.. thanks for everythings.. my dear n dear.. <3

      Ini adalah gambaran awal yang sopan untuk hadiah2 yang syu terima..
*tunggu satu malam baru bukak bungkusan tu.. hehe..


Nampak tak bear besar warna pink tu? ha, tu pija dengan eka yang bagi.. ni semua sebab pija stalk blog syu la kan tau pasal citer teddy bear besar tu.. Syu masih cuba sesuaikan diri dengan kehadiran orang baru.. tak penah2 ada bear besar an.. hee~

Mesti korang pelik kan ape si bantal comel tu buat kat tepi hadiah2 tu? haa, tu la dia babyboo syu, dia lah  yang selalu temankan syu time susah n senang.. bantal busuk yang chomel..

Okeyh, ni ketika proses pmebukaan bungkusan.. nampak tak permainan jannah.. habis dibungkusnya hadiah tu dengan berhelai helai suratkhabar.. 

dari molek2 je bungkusan tu last2 habis macam baru pas dilanggar taufan katil aku  dengan kertas2 pembalut hadiah n suratkhabar tu. :P

Saat pendedahan telah tiba~ tu dia, bear besar, jam ice warna biru  dengan baju ala2 gaun gitu.. <3

Snap2 sikit posing biar kasi cun.. ingat kau je nak posing syu.. hahaha..

So, kau nak berlagak la eh syu dah ada jam ice warna biru yang kau suka tahap  senget tu.. siyes cantik.. thanks myza..! <3

terlipat kemas dan bergaya. okeyh, nanti bila syu da besar syu pakai keyh gaun ni.. hee~ :P  thanks jannah n kak teha.. <3

sempat kan kak zila dengan izzah dengan kak bibi plan belikan keke dengan ayam goreng tu.. siyes melantak sampai kenyang.. yummy2..

taaaddaaaaa.. kek yang menggoda dengan dua batang lilin main pacak2 kat tengah.. satu lilin untuk eka, satu lagi lilin untuk syu.. atototomey2 nyew.. 


korang2 thanks for the cake and the foods..!! thanks sambut birthday eka dengan syu.. 


dengan lahapnya membalun kek dan ayam2 itu lalu tinggallah sepotong kek yang digunakan untuk semua main tonyoh krim dengan kek2 skali kat muka memasing.. okeyh, cun..



P/S : gambar masa sambut birthday dengan kek n ayam goreng tu tak leh tunjuk sebab semua pakai serabai2 ala kak kiah kan masa kat rumah.. hahaha..





2 comments:

  1. hepy birthdy to you..smoga pjg umo dan dimurahkan rziki..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ thanks sakura rockers.. amin.. semoga kita semua sama2 dipermudahkan urusan olehNYA.. :)

      Delete