Friday 30 November 2012

20 tahun sudah, bole bah kalau kau Syu :D


Syu lambat la.. yeee kite tau kita lambat.. dah brape ari dah kan since birthday aku tapi sekarang baru nak post sal birthday mooday aku nih.. saje je, kasi berhabuk sike cerita tu baru nak bagi korang2 tau..(padahal sebenarnya assignment melambak tak nyempat2 nak hupdate cerita ni kau)..

Alhamdulillah, akhirnya sudah menginjak 20 tahun dah umur aku.. orang lain awal2 tahun aritu dah cukup umur tapi aku pulak dah hujung2 tahun baru sibuk nak cukup umur.. haha.. bak kate kawan2 aku, umur ni dah boleh kahwin dah.. tinggal pergi daftar kursus kahwin je.. auww.. haha.. bapak gedik giler minah sorang ni.. tak tau la apekebenda masalah dia kan..  

27/11/2012 dengan rasminya syu dah masuk 20 tahun.. hip hip horaiiii… ohhh yeaahhhh.. oke oke, first2 kita sampaikan ucapan dan harapan setelah menginjak umur 20 tahun ni ye.. skema tak skema nyampah tak nyampah, syu nak bagitau jugak ape yang syu harapkan dalam meniti usia dewasa ni.. bhahaha.. puihhh, dewasa la sangat.. =_=” sejujurnya, bila dah masuk umur 20 tahun ni, aku harap semuanya akan menjadi lebih baik untuk diri aku dan orang di sekeliling aku..

Aku nak berhenti jadi budak suka nangis, tak mo tacink2 lagi, tak mo sedih2 lagi, tak mau sentap lagi (okeyh, cukup kau menipu dan memalsukan kata2 kau syu.. erk, apekah?) ala, tipulah kalau syu nak berhenti nangis, tacink bagai tah pape tah tu sebab itulah syu.. macam mana nekad pon aku nak berhenti jadi budak gembeng aku tak kan boleh kalau dah hati aku ni lembik macam jelly si Patrick starfish dalam cerita spongebob squarepant tu.. euwww.. haha..

Harapan aku yang sebenar2nya ialah, aku nak jadi manusia yang lebih baik.. aku harap aku akan jadi anak yang baik yang berbakti kepada orang tua aku, aku nak jadi kawan yang baik yang tak memilih atau mengabaikan kawan2 aku, aku nak jadi student yang tak nakal2 lagi dalam kelas mahupun di luar kelas dan aku nak jadi calon isteri yang baik.. krik krik… krik krik… ha, semuanya betul kecuali yang calon isteri tu.. kihkihkihkih..

Baru 20 tahun weyh, tak kan dah sibuk fikir nak kahwin bila duit topup aku pon ayah aku yang belikan.. atototoyaii.. pastu pastu aku nak belajar rerajin dan cuba buat yang terbaik dalam study aku.. kalau selama ni aku selalu bernasib baik je dapat result yang oke, aku nak cuba berjaya dengan usaha aku yang betul2 gigih.. kita tak kan selalu dapat yang sempurna tapi kena mencuba kan.. insyaAllah, ada je rezeki nak berjaya kat mana2..

Okeyh, cukup dengan harapan2 dan angan2 dan impian ala2 drama cerita melayu aku tu sebab sekarang aku nak cerita pulak pasal apa yang terjadi sepanjang hari2 birthday aku tu.. sejujurnya aku rasa happy sesangat dengan apa yang aku ada.. Maybe not perfect, namun  merekalah yang menceriakan dan mewarnakan hidup aku kat universiti ni.. siapa? Mestilah housemate2 syu yang tomey2 belaka tu.. sem 3 aku dapat housemate yang gila2, senget, fun, tacink2 tapi seimbanglah semua..

Malam birthday aku je aku dah dapat 3 hadiah special dari diorang.. semuanya hadiah yang aku memang teringin nak ada tapi aku je yang ngengade tak nak beli sendiri..  Pija dengan eka bagi teddy bear besar warna pink, myza bagi jam ice warna biru, jannah dengan kak teha bagi baju gaun girly2 gitu… tak layak rasanya aku terima hadiah yang mahal2 tu semua.. siyes malu gila dengan diorang sebab aku bukan siape2 pon nak dapat hadiah mahal2 macam tu dari diorang.. aku tak pandang harta benda semua tu sebab yang paling penting diorang tau yang aku sayang diorang and diorang sayang aku pon dah cukup sangat2..

Lepastu bila pergi kelas pulak, entah berapa banyak kali entah budak2 kelas aku wish aku sambil nyanyi reramai.. malunyew kitew(malu2 tapi rakam jugak bila diorang nyanyi tu.hahaha) pastu kan pastu kan, kalau guna maxis kan mesti dapat free call sehari kan, so, aku melantaklah telefon orang sesuka hati aku.. berejam jam kau, dengan miza2 sekali aku balun tepon.. aku ingat dah habis dah hari selasa 27hb tu dah settle la kan, ni tak weyh, baru je malam tadi, 28hb malam rabu, housemate2 aku buat hal lagi..

 Kali ni si izzah dengan kak zila pulak pergi belikan kek dengan kfc untuk celebrate birthday aku dengan eka yang kebetulan tak dapat disambut masa tu sebab kitorang busy dengan test(kesian eka, maaf sangat2 sebab syu tak dapat sambut hari tu time birthday eka) diorang bole pulak plan cun2, buat macam elektrik tu blackout pastu tetibe bawak kek dengan lilin yang menyala.. oh so shweet.. siyes diorang ni sweet gile.. dah la masa time blackout tu si myza dok mengumpan aku berbual tah pape dalam bilik, si eka pulak yang memang takot gelap tengah duduk dalam bilik dia ngadap laptop..

Keluar2 je, hamek kau blushing terus kau nampak kek dengan lilin tu.. terharunyew kitewwww..  eka dengan aku pon tersipu sipu malu ala2 gadis melayu lah kan masa nak potong kek tu.. terkepit – kepit.. :P malu2 tapi mahu.. atoyaii.. lepas makan kek dengan kfc tu, sempat plak main tenyeh2 krim kek tu.. Berjaya gak la aku tumpaskan beberapa orang musuh dengan tonyohan krim kek itu ke muka diorang.. hihi.. korang, thanks sesangat dengan semua tu..













Syu sayang korang sangat2.. Syu harap kita semua akan jadi kawan sampai bila2, kalau ada rezeki kita semua serumah lagi ye sem depan.. tamo gadoh2, syu tak suka gadoh2, nanti syu geletek & cubit sorang2 kang.. kalau pape masalah kita cepat2 golek2 sesamew baru cun.. hee~ thanks sebab sabar dengan perangai syu yang gila dan senget nih.. thanks for everythings.. my dear n dear.. <3

      Ini adalah gambaran awal yang sopan untuk hadiah2 yang syu terima..
*tunggu satu malam baru bukak bungkusan tu.. hehe..


Nampak tak bear besar warna pink tu? ha, tu pija dengan eka yang bagi.. ni semua sebab pija stalk blog syu la kan tau pasal citer teddy bear besar tu.. Syu masih cuba sesuaikan diri dengan kehadiran orang baru.. tak penah2 ada bear besar an.. hee~

Mesti korang pelik kan ape si bantal comel tu buat kat tepi hadiah2 tu? haa, tu la dia babyboo syu, dia lah  yang selalu temankan syu time susah n senang.. bantal busuk yang chomel..

Okeyh, ni ketika proses pmebukaan bungkusan.. nampak tak permainan jannah.. habis dibungkusnya hadiah tu dengan berhelai helai suratkhabar.. 

dari molek2 je bungkusan tu last2 habis macam baru pas dilanggar taufan katil aku  dengan kertas2 pembalut hadiah n suratkhabar tu. :P

Saat pendedahan telah tiba~ tu dia, bear besar, jam ice warna biru  dengan baju ala2 gaun gitu.. <3

Snap2 sikit posing biar kasi cun.. ingat kau je nak posing syu.. hahaha..

So, kau nak berlagak la eh syu dah ada jam ice warna biru yang kau suka tahap  senget tu.. siyes cantik.. thanks myza..! <3

terlipat kemas dan bergaya. okeyh, nanti bila syu da besar syu pakai keyh gaun ni.. hee~ :P  thanks jannah n kak teha.. <3

sempat kan kak zila dengan izzah dengan kak bibi plan belikan keke dengan ayam goreng tu.. siyes melantak sampai kenyang.. yummy2..

taaaddaaaaa.. kek yang menggoda dengan dua batang lilin main pacak2 kat tengah.. satu lilin untuk eka, satu lagi lilin untuk syu.. atototomey2 nyew.. 


korang2 thanks for the cake and the foods..!! thanks sambut birthday eka dengan syu.. 


dengan lahapnya membalun kek dan ayam2 itu lalu tinggallah sepotong kek yang digunakan untuk semua main tonyoh krim dengan kek2 skali kat muka memasing.. okeyh, cun..



P/S : gambar masa sambut birthday dengan kek n ayam goreng tu tak leh tunjuk sebab semua pakai serabai2 ala kak kiah kan masa kat rumah.. hahaha..





Monday 26 November 2012

Mencari kekuatan di sebalik kesedihan…


Syu, kau dah janji nak jadi kuat kan? Kenapa lemah sangat ni? Kenapa nak tunjuk muka tacink kau.. nak mintak kene baling dengan tong ikan ke ape? busuk tau tong ikan tu... Hee~ cubit kang baru tau nak ketawa…

Syu dah penat kan jadi budak yang lembik, dah penat kan jadi budak yang selalu menangis, dah penat kan rasa sedih, dah penat sangat kan? Sebab tu syu kena kuat, jadi kuat macam biskut harimau tiger.. kasi mengaum sikit… aum aum aummm..

Kan kawan2 kau panggil kau singa kan.. singa yang garang tuh, yang suka poyo poyo garang tuh kan kan kan? so, be strong as you are a cute n sweet but fierce singa.. ngeee..  okeyh, papepon jadik aku tau susah syu tapi cuba senyum & cuba ketawa walau banyak mana pon masalah yang kau dok hadap sampai nak tergolek tuh.. Janji? Tak janji tapi syu cuba keyh..  Syu cuba lupakan semua benda jadah sedih tu, semua masalah menimbun tuh..

Ingat syu, kalau kau rasa kau susah, ada lagi ramai orang yang lagi susah, lagi besar dugaan yang diorang kene tempuh.. so, bersyukur dengan apa yang kau ada, apa yang kau nikmati… sedih yang kau rasa tak sebesar dugaan yang orang lain rasa keyh.. so, Senyum :D Nothing To Say.. Okeyh, done.. :)

Kalau diberi pilihan, aku nak jadi macam dalam gambar ni je boleh? senyum  je memanjang walau apepon masalah aku hadap.. *walaupun muka macam nak mintak penampar an.. haha..


Saturday 24 November 2012

Saya Budak Matang…!


Name saya Syuhaidah.. umur saya 19 tahun 11bulan 28hari.. oleh sebab saya tak cukUp umur 20 tahun lagi, saya selalu rasa saya budak2 yang tak matang lagi.. =_=” Kau dah kenapa hah Syu tak memasal merepek meraban ni? Apedehal, sebelum marah2 apekate kita main lompat katak sesamew sebab hidup cuma sekali so kita enjoy.. heeee~ Okeyh merepek.. Semput kak Kiah merepek dengan korang2 nih.. Sebenar-benarnya, sempena tajuk entry hari ni aku nak mengemukakan bukti yang sohih lagi kukuh yang membuktikan aku sudah matang.. ahahahahakzz.. kelas kau Jah..

                  Ceritanya bermula pada hari selasa lepas bersamaan 20hb November 2012, ketika aku sedang jalan terkedek2 balik dari kelas kat bangunan UiTM yang tinggi kalah gunung Everest tuh.. masa tu, dok sebok potpet potpet membebel dengan myza, jannah & ummu tetibe mama call tanye pasal aku dah settlekan ke belum surat meyurat pembatalan ptptn bagai tu.. dengan bangganya aku bagitau mama yang aku tak tau pejabat pos yang ada dekat2 kat UiTM KBM nih.. dah la takde transport nak memandai pegi drive, memang aku tangguh2kan la nak pergi pos surat tuh..

                 Hamek kau, mama terus buat suara risau cakap dengan aku “angah dah lambat ni, kenapa tak pos lagi surat tu nanti kalau sem depan tak settle lagi ptptn tu acaner?” aku pon lagila cuak bila mama aku dah nakut2kan aku.. tetiba pulak aku teringat jadual kelas aku hari rabu start lambat dalam pukul 12.30 tgh hari.. so, pagi tu ada masa kot kalau nak pergi pos surat tu kejap.. tanya2 myza kat mane pejabat pos yang dekat2 sini, dia pon bagitau yang paling dekat ada kat Jusco yang memang biasa kitorang pergi berjimba tuh..(selama ni memang dah perasan ada pejabat pos tu tapi buat2 tak nampak.. boleh cenggitu?)

                Esok paginya, hari Rabu, aku bangun pagi baru terhegeh2 nak buat tutor FAR yang Sir suruh buat, memang kelam kabut la aku jadinya.  Dah dekat pukul 10 pagi baru aku sibuk download borang nak hantar kat ptptn tu, pastu bersiap, kasi touch up siket muka(ha, yang ni tipu sebab pergi pakai baju kurung je pon)…  Satu benda poyo yang aku buat kat sini ialah aku tak bagitau myza dengan jannah yang aku nak pergi pejabat pos kat Jusco tu sebab aku tak nak susahkan diorang teman2kan aku segala(bajet macam berani sangat la kan nak pergi sesorang) lepas myza tau aku nak pergi sesorang bising gila dia macam kak jemah membebel..

                   Tapi sebab aku cakap aku dah lambat dia tak boleh buat papelah.. tapi sempat gak la dia kirim aunty anne si roti salut coklat tu.. ah, sudah..=_=”  Dah cun semua aku pergilah sarung kasut heel 1inci setengah(tak yah nak high heel sangat la kan) pastu pergi turun lif, niat nak pergi bangunan Mara dulu nak pergi print borang tu.. dah separuh jalan baru aku perasan yang aku pakai kasut yang asyik nak terbukak je tali dia.. dah macam orang senget dah aku jalan.. dah la dengan pakai baju kurung & beg sandang belakang yang kembung semacam dengan buku2 & kertas aku tu da macam budak sekolah jadinya..

                   Last2 patah balik kolej pergi tukar flat shoes.. dah membazir masa dekat 15 minit kau.. pastu hamek kau, berdesup aku jalan sebab dah lambat an.. Pergi print dulu pastu terus pergi tunggu bas.. Dalam hati dah berdebar gile woo sebab first time nak pergi shopping komplek sesorang nih.. tangan dah ready dah kepal penumpbuk siap2 kalau2 ade yang mengacau.. haha.. :P Dah sampai Jusco, terus naik tingkat 2 menuju ke destinasi utama iaitu pejabat pos Malaysia..

                   Yeehaaa.. okeyh, tak yah nak yeehaaa sangat la kan sebab kau dahla tak pernah pos surat2 semua nih syu… selama nih dah manja sangat semua nak ayah buatkan, semua nak ayah pergi settlekan.. nasib baik ayah kau tu hensem2 comel2 je sabar layan kerenah kau syu.. hihi.. sampai2 je pejabat pos, aku tak tau nak buat ape.. niat nak buat pos laju tapi blur semacam je aku.. kebetulan kat pejabat pos tu ada 1 family chinese ni, sorang mak dengan dua orang anak dia. Anak dia sorang perempuan dalam umur 12 tahun, lagi sorang budak lelaki dalam umur 7 ke 8 tahun..

                  Laju je aku jalan pergi kat aunty tu tanya dia macam mana kalau aku nak buat pos laju nak kena ambil borang kat mana, macam mana nak buat semua. Pastu dia cakap pergi kaunter dulu ambil borang, tapi aku pandang atas kaunter tu ada papan dengan lampu lip lap lip lap warna merah tunjuk no giliran maksudnya kene ambil kertas no giliran dulu la kan? Tapi acaner? Kat maner? Nampak mesin dia tapi tak pandai nak tekan mana, dah lagi 1 masalah.. nak tak nak, terhegeh hegeh aku pergi tanya aunty tu lagi macam mana nak tekan mesin no giliran tu..

                  Last2 anak dia yang budak lelaki kecik tu, yang comel2 tu la yang ajar aku nak tekan button mane.. oke oke, aku tau memalukan.. malunyew malunyew.. tapi dengan keazaman yang tinggi aku nekad jugak.. haha..  dah pergi amek borang tu dengan yakinnya aku isi.. tiba2.. krik krik krik krik.. ha, tu dia tu dia.. salah isi la pulak.. nama & alamat pengirim aku pergila letak alamat penerima. Tak memasal kene pergi ambil borang baru.. adushh.. naseb baik abang yang jaga kaunter tu hensem2 semad2 je.. auww.. haha.. okeyh, settle semua, bayar 6 hinggit & secara rasminya aku berjaya untuk pertama kalinya pos barang.. yeay!!!

                   Dah siap tu aku pergi beli aunty anne roti salut coklat tu untuk myza pastu terkedek kedek balik jalan kaki dari Jusco ke UiTM sebab kejar kelas pukul 12.30 tgh hari.. nasib baik dekat dah biasa pergi Jusco jalan kaki.. semput mak cik tau.. so, kesimpulan yang jelas dan nyata disini ialah disebabkan aku berjaya pergi ke shopping kompleks sesorang & pergi pos surat sesorang dengan rasminya aku isyhtiharkan bahawasanya aku budak matang..!!!! kihkihkihkih.. :P

Inilah contoh baju yang dipakai syu ketika dia pergi ke Jusco.. bayangkan dengan  kad matrik  tergantung kat leher, dengan beg sandang belakang kan comel macam budak sekolah.. auwww.. :P


Monday 19 November 2012

Happy2 Birthday DutDut~ kitew.. <3


19/11/1990….. Lahirlah seorang budak gendut yang comel a.k.a Nurhayati Ramlan iaitu along kite.. hew hew hew.. haha.. Yup2, ni la budak muncit yang selalu jadi geng gadoh kita dari kecik sampai la besar gedabak sekarang ni ha..

Si budak tudung kuning ala-ala coklat la si along dutdut kitew..

Okeyh, syu tipu, kate die muncit tapi dia sebenarnya cikeding je.. sebab tu orang selalu ingat aku akak dia adik padahal dia tu along la.. ish ish ish, ape pon ta bole.. Cop cop cop, bukan itu fakta yang aku nak debatkan sekarang tapi fakta utama sekarang ialah hari ni birthday along aku, so dengan rasminya dia telah menjadi seorang tua yang sah taraf..

Ahaa, tu dia tu dia… Along, nak tak nak awak kene terima la yang awak dah menginjak 22 tahun da, maksudnya da tua la kan..(walaupun semua orang asyik cakap muke dia macam budak2 & muka aku macam akak2 matang..ciot, tak aci.. :P)

Da cukup tua & dah tak bole gadoh2  cari pasal dengan kite lagi dah. Eh tak, mane boleh,  awak tak bole berenti jadi geng gadoh kita sampai bila2 tahu.. Sebab bile gadoh dengan awak kite mesti menang punyelah.. haha..

Papepon, kita nak wish awak Happy Birthday to you, kita sayang awak sangat2, walaupun kita selalu cari gadoh dengan awak tu semua sebab kita sayang awakla, saje je nak cari kasih sayang lebih dari awak, jangan selalu poyo2 garang dengan kita lagi, dengan abang cik & danial pon..  

Kita selalu doakan yang terbaik untuk awak, goodluck dalam menceburi dunia pekerjaan, goodluck dalam bisnes kad awak and goodluck dalam mencari jodoh dan mencari abang ipar terbaik untuk kitew.. hewhewhew.. hahaha.. love u so much along… sorry sebab selalu cari gadoh dengan awak. 


                               Me love euww.. auwww..

Letter to Anonymous




I’m so sorry.. Aku harap aku lebih kuat dari sekarang anonymous.. aku harap, hati aku, pendirian aku lebih kuat & lebih teguh dari sekarang..  Maaf bila aku kalah dengan rasa hati aku..

Maaf bila aku mungkiri janji aku.. Walau ape pon jadi lepas ni, aku janji aku akan jadi lebih kuat untuk hadapi apa2 pon kesannya..


Walau teruk mana pon aku jatuh, aku tau aku kene hadapi kesan dari keputusan yang aku sendiri ambil anonymous..

Aku harap sangat kau dapat maafkan aku kalau kau tau pasal hal ni.. I have to decide between these two things, whether to play along with the game or just giving up and keep on wondering what will happen if I don’t do it..


              
                I’m so so sorry Miss Anonymous.. I really do..  :’(


Thursday 8 November 2012

Gemuk, Chubby, Tembam apekah????


E’eh kau kiah, suka2 hati je ejek orang lain gemuk la, tembam la, chubby la.. ada insuran mulut Rm 3juta ke yunk oii nak ejek2 orang macam tu? Ish ish ish… terluka hati mak nak kalau orang ejek aku macam tu.. padahal aku da biasa dah kena ejek macam tu sejak zaman muda2 dulu an... sobsobsob…

Yes syg, pengalaman buat aku rasa macam fobia bila dengar benda2 macam tu. Even sampai sekarang pon kalau ada orang tegur & cakap “syu, kau da kurus la, siyes ni kau dah lain gila dari dulu” ada aku kesah? Hamek kau.. hehe.. sejujurnya, bila orang cakap macam tu aku still tak nak terima hakikat tu sebab dah dari kecik orang ejek aku gemuk la, tembam la, pastu tetiba orang yang sama yang ejek aku tu, puji2 aku pulak..

Addoii, memang rasa macam nak pergi cangkul tanah & tanam pokok durian la kalau diorang cakap aku da kurus.. bukan rasa riak, sombong apatah lagi membangga diri, sama sekali tidak wahai saudara saudari sekalian (pergh, ayat BM macam nak jadi sasterawan Negara lak) tapi membesar sebagai seorang budak yang badannya berisi(cakap budak gemuk je kan senang.. =_=”) menjadikan aku seorang yang selalu rasa rendah diri, berfikiran negative & tak pernah rasa diri aku ni bagus.. (alololo cian dia eh)

 Sebab tu aku faham apa rasanya jadi orang yang kena ejek gemuk oleh orang sekeliling.. aum aum aum.. tacink tak memasal an.. hehehe. Memang bukan benda yang senang untuk someone tu terus berdiri tegak di hadapan orang lain if dia asyik dipandang serong hanya kerana dia bertubuh besar..  kalau aku ada keyakinan diri yang tinggi tu lain la, bukan setakat berdiri je, golek2 depan orang pon aku berani.. ni tak, kerja aku sembunyi, sembunyi & sembunyi..

The only way untuk buat orang perasan kewujudan aku ialah dengan buat yang terbaik dalam study & dapat result yang bagus.. tak patut kan macam tu..  ayat yang biasa kita dengar dari mereka2 yang bertubuh besar ialah “orang yang tak pernah rasa jadi gemuk, betul2 gemuk, tak kan tahu ape rasanya bila di ejek, di usik atau di tegur sebab kita gemuk”  okay, klise.. memang la klise sebab tu lah apa yang aku rasa..

Selama aku membesar ni, dah kenyang dah dengar orang tegur aku si budak badan besar.. tak kisahla siape, kawan2 ke, sedara ke, tapi kebanyakannya sedara mare opcos la kan.. salah satu sebab aku kurang muncul kat kenduri kendara ialah sebab dulu masa kecik2 ada yang suke tegur saiz badan aku depan orang ramai, kite malu la tu yang kite duduk diam2 kat rumah.. semuanya berubah bila aku start masuk matrik..

Bila aku start duduk kat asrama & aku sendiri yang kene uruskan makan minum aku, maybe secara drastiknya berat badan aku turun mendadak.. bukan sebab aku diet ke ape, tapi sebab jadual belajar matrik yang pack pastu memang aku belajar berjimat..Dan sekarang, bila aku dah menginjak dewasa (ececehh..) & dah matang sikit, sikitla tapi matangnya, slow2 aku cuba sesuaikan diri dengan persekitaran aku..

Kadang-kadang ada juga yang sibuk jadi kak kiah menegur aku punya saiz bvadan tapi apa yang aku belajar sekarang, kalau ada yang tegur aku pasal hal tu, aku akan senyum & sengih2 je. Sebab mama aku selalu cakap yang mulut orang ni tak boleh nak tutup. Buarlah diorang dengan kebahagiaan diorang menyakitkan hati orang lain..  Moral of the story here is, kita kena selalu ingat, mesti bersyukur dengan apa yang kita ada & jangan sekali kali merendah-rendahkan orang lain..



Ada beza tak kita mase form 3 dengan kita masa dah jadik budak universiti? hukhukhuk...
Kalau kita cantik, kita kurus, kita putih melepak sekalipun, bersyukur la dengan nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita.. jangan kerana kita ada semua nikmat tu, kite dengan mudahnya memperlekehkan orang lain.. dan jangan gunakan semua nikmat tu ke jalan yang salah macam nak menggatal or mengusha orang lain... : )