Thursday 8 November 2012

Gemuk, Chubby, Tembam apekah????


E’eh kau kiah, suka2 hati je ejek orang lain gemuk la, tembam la, chubby la.. ada insuran mulut Rm 3juta ke yunk oii nak ejek2 orang macam tu? Ish ish ish… terluka hati mak nak kalau orang ejek aku macam tu.. padahal aku da biasa dah kena ejek macam tu sejak zaman muda2 dulu an... sobsobsob…

Yes syg, pengalaman buat aku rasa macam fobia bila dengar benda2 macam tu. Even sampai sekarang pon kalau ada orang tegur & cakap “syu, kau da kurus la, siyes ni kau dah lain gila dari dulu” ada aku kesah? Hamek kau.. hehe.. sejujurnya, bila orang cakap macam tu aku still tak nak terima hakikat tu sebab dah dari kecik orang ejek aku gemuk la, tembam la, pastu tetiba orang yang sama yang ejek aku tu, puji2 aku pulak..

Addoii, memang rasa macam nak pergi cangkul tanah & tanam pokok durian la kalau diorang cakap aku da kurus.. bukan rasa riak, sombong apatah lagi membangga diri, sama sekali tidak wahai saudara saudari sekalian (pergh, ayat BM macam nak jadi sasterawan Negara lak) tapi membesar sebagai seorang budak yang badannya berisi(cakap budak gemuk je kan senang.. =_=”) menjadikan aku seorang yang selalu rasa rendah diri, berfikiran negative & tak pernah rasa diri aku ni bagus.. (alololo cian dia eh)

 Sebab tu aku faham apa rasanya jadi orang yang kena ejek gemuk oleh orang sekeliling.. aum aum aum.. tacink tak memasal an.. hehehe. Memang bukan benda yang senang untuk someone tu terus berdiri tegak di hadapan orang lain if dia asyik dipandang serong hanya kerana dia bertubuh besar..  kalau aku ada keyakinan diri yang tinggi tu lain la, bukan setakat berdiri je, golek2 depan orang pon aku berani.. ni tak, kerja aku sembunyi, sembunyi & sembunyi..

The only way untuk buat orang perasan kewujudan aku ialah dengan buat yang terbaik dalam study & dapat result yang bagus.. tak patut kan macam tu..  ayat yang biasa kita dengar dari mereka2 yang bertubuh besar ialah “orang yang tak pernah rasa jadi gemuk, betul2 gemuk, tak kan tahu ape rasanya bila di ejek, di usik atau di tegur sebab kita gemuk”  okay, klise.. memang la klise sebab tu lah apa yang aku rasa..

Selama aku membesar ni, dah kenyang dah dengar orang tegur aku si budak badan besar.. tak kisahla siape, kawan2 ke, sedara ke, tapi kebanyakannya sedara mare opcos la kan.. salah satu sebab aku kurang muncul kat kenduri kendara ialah sebab dulu masa kecik2 ada yang suke tegur saiz badan aku depan orang ramai, kite malu la tu yang kite duduk diam2 kat rumah.. semuanya berubah bila aku start masuk matrik..

Bila aku start duduk kat asrama & aku sendiri yang kene uruskan makan minum aku, maybe secara drastiknya berat badan aku turun mendadak.. bukan sebab aku diet ke ape, tapi sebab jadual belajar matrik yang pack pastu memang aku belajar berjimat..Dan sekarang, bila aku dah menginjak dewasa (ececehh..) & dah matang sikit, sikitla tapi matangnya, slow2 aku cuba sesuaikan diri dengan persekitaran aku..

Kadang-kadang ada juga yang sibuk jadi kak kiah menegur aku punya saiz bvadan tapi apa yang aku belajar sekarang, kalau ada yang tegur aku pasal hal tu, aku akan senyum & sengih2 je. Sebab mama aku selalu cakap yang mulut orang ni tak boleh nak tutup. Buarlah diorang dengan kebahagiaan diorang menyakitkan hati orang lain..  Moral of the story here is, kita kena selalu ingat, mesti bersyukur dengan apa yang kita ada & jangan sekali kali merendah-rendahkan orang lain..



Ada beza tak kita mase form 3 dengan kita masa dah jadik budak universiti? hukhukhuk...
Kalau kita cantik, kita kurus, kita putih melepak sekalipun, bersyukur la dengan nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita.. jangan kerana kita ada semua nikmat tu, kite dengan mudahnya memperlekehkan orang lain.. dan jangan gunakan semua nikmat tu ke jalan yang salah macam nak menggatal or mengusha orang lain... : )




No comments:

Post a Comment