Friday, 28 December 2012

Segmen : Aku dan Blog


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Aku dan Blog…. Tajuk yang singkat tapi sungguh bermakna kan… Jom terjah ape cerita di sbalik segmen nih & join reramai.. kita klik banner bawah ni yee kekawan.. :)



Oke oke, first sekali syu nak story mory sikit pasal diri syu.. Nama pendek orang panggil Syu & nama panjang Syuhaidah… nak nama penuh? Alamak kene cek kat surat beranak la.. hehe.. cukuplah korang kenal si budak poyo seorang ni dengan nama panggilan syu or syuhaidah.. tahun 2012 ni adalah sweet 20 untuk syu.. sweet ke? Ahaaa, itu yang kita tak tau.. dalam meniti umur 20 tahun niyh, sejujurnya aku still rasa aku seorang budak kecik yang masih ada banyak lagi benda untuk di explore…  

masa serabai2 pergi keluar jogging kat river cruise...


Masih menuntut di uitm mengambil ijazah perakaunan yang membuat kepala aku berpusing 365 darjah.. satu kelemahan aku ialah aku budak suka menangis ala2 drama cerita melayu gituh.. hee~ dalam banyak2 benda, satu ni jelah yang paling aku lemah… muka dah kental dah, jalan dah ganas dah, gaya dah brutal dah tapi dalam hati masyaAllah taman bunga dia beribu spesis… aku rasa kalau tadah air mata nih dengan mangkuk dah penuh  berbalang-balang… senang tersentuh dan mudah menangis bila ada sesuatu yang buat aku sedih or ada problem yang tak mampu aku tanggung.

Yang paling penting, syu si budak poyo selalu nangis bila dia rindu rumah! Bila aku rindu mama, ayah, along, abang cik, denial dengan kucing2 kat rumah tu memang terus pergi lari peluk bantal busyuk & nangis puas2…. Dah lega, lap hingus, tengok kat cermin, mata bengkak pastu sengih sorang2 sebab tengok muka sendiri buruk bebenor.. haha.. memang family merupakan perkara yang paling sensitive buat aku, sayang diorang sesangad woO..

Aku seorang yang mudah memaafkan dan meminta maaf.. pernah kawan kat matrik aku dulu tanya aku “syu, kau takde ego ke?” semuanya sebab dulu aku selalu lembut hati.. tapi sekarang dah keras hati sikit lah, dah banyak makan garam kan.. ecececewahhh… satu perkara yang aku tak suka dari dulu ialah orang merajuk or sentap dengan aku sebab tu seboleh-boleh mungkin aku cuba tak buat benda tu kat orang, aku cuba tak tarik muka or merajuk lama2 dengan orang lain if aku terasa hati.. seriously, senang gila nak sejuk hati niyh tak sampai berapa jam dah boleh ketawa golek2 sama2 balik..

Cuma tu lah, orang kata orang yang jarang marah sekali dia marah meletop kebabom habis… aku takut aku jadi macam tu je, pendam punya pendam sekali dah tak tahan marah terus mengamuk macam hulk Hogan tapi nak jadi yang kaler biru boleh? Muehehe…  kucing adalah obsesiku.. kalau aku ada superpower, aku nak pujuk semua kucing2 kat dunia ni supaya bersatu hati tak mo gaduh2 & aku nak buat satu tempat perlindungan untuk bagi diorang makanan dan rawatan perbatan yang cukup supaya diorang tak terbiar..

Betul, kalau syu ada superpower puffgirl yang warna biru tu, syu nak halang semua orang dari buli or tendang kucing2 terbiar tu.. kucing2 tu Cuma mintak sikit je makanan dari diorang janganlah marah kucing2 tu.. *beremosi tak memasal.. hewhew.. seorang yang gila bergambar(sambil sengih macam kerang busuk) dan kawan2 aku selalu bising diorang membebel cakap aku fotogenik padahal kat luar realitinya aku seorang yang sangat serabai dan kalut(berbaur tomyam perisa jeles ye disitu..hihi) most of the time aku seorang yang suka berfikiran negative dan terlalu risaukan pandangan orang lain terhadap diri aku sehingga aku membataskan diri aku untuk melihat dunia luar dan memilih untuk terus bersembunyi…

Ini bila keluar berjalan.. hamek kau terus posing gituh.. hehe..


Sebab utama budak poyo buat blog : 

1. Adalah apabila aku melihat mereka yang menulis blog berkongsi kisah pengalaman hidup masing2 dan membuka mata aku untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza…
  
2. Apabila membaca pengalaman yang dikongsi blogger2 lain, aku belajar bahawa kita tidak perlu kelihatan sempurna untuk merasa bahagia asalkan kita sentiasa mencuba untuk menghargai yang lain agar kita dihargai dan dihormati barulah kita mengerti nikmat bahagia.. 

3. Memangla jeles tengok kekawan ade blog nak share story mory diorang sebab tu aku try belajar buat blog untuk share pengalaman yang aku lalui.. hasilnya terciptalah blog yang simple niyh.. nanti dah advance syu cantik2 kan lagi eh blog niyh keyh..

4. Time boring2 dah jemu ngadap facebook, blog lah tempat aku lepaskan bosan.. baca blog2 oranglain buat aku kadang2 tersenyum, ketawa & even menangis sorang2 mengadap laptop. it is nice to have that feeling..  

1. Blog Kak Fatin Liyana yang syu dah start baca sejak zaman matrik dulu.. 
2. Blog Eijat Abdullah blog gila2 yang superb dengan ayat yang boleh buat syu ketawa & menangis tiba2.. hebat2.. *tepuk2 tangan..
3. Blog Kak Nadia comel yang support blog syu masa syu awal2 start tulis blog, dia rajin komen kat post syu.. thanks kaka..
4. Blog Kak Lyssa yang bagi banyak tunjuk ajar nak cantikkan blog2 niyh.. tengkiuuu..
5. Blog online kad shop along syu yang buat.. hee~ dia kreatif buat kad & amek order orang tempah.. do blogwalking here keyh semua. :)


*By the way, syu budak baru belajar dalam dunia blog harap semua sudi beri tunjuk ajar.. haipppp tunjuk ajarku sifu..! thanks paly sebab invite syu join segmen niyh.. *senyum lebar2 sambil angkat2 kening.. hee~ :D

12 comments:

  1. facebook dah boring, lyn blog lg bes kan.. :)

    tengs sb sudi join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesamew.. thanks gak paly sebab invite syu join.. hee~ :D

      Delete
  2. singgah di blog syu dr segmen paly!..
    bca entri syu ni rasa mcm dgr syu bercerita..ceewaahh!haha
    teruskn berblogging syu!!^_^

    p/s:pesan blogger otai kpd sy, nk dptkn byk komen elak meletakkn word verification.,..hehe sekadar berkongsi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wrd verification tu ape akhil? hehe..

      Delete
  3. dtg follow...follow blog sya boleh???
    pegi dekat SETTING>POST AND COMMENT>SHOW WORD VERIFICATION>NO
    heheheh...harap membantu

    http://pesanancinta.blogspot.com/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. syu dah cuba buat. hee` thanks robiatul.. tapi kan syu tak tau benda tu effectnya ape ye?

      Delete
    2. klu blogger lain nak komen dekat sini...diorang kena buat pengesahan perkataan....bru boleh post komen...jadi, ramai yg malas buat tu smua sbb tulisan dia sambung2...heheheh..harap membantu lagi...sya pun blogger bru :)

      Delete
    3. ouh.. thanks ye robiatul.. :D tapi syu dah buatjadi tak?

      Delete
  4. jemput join segmen blog paly ni :) http://www.paly.my/2012/12/segmen-tadi-dan-sekarang.html

    ReplyDelete
  5. Jom join segmen cikgigi anjurkan ni
    http://nura-qyra.blogspot.com/2013/01/segmen-aku-dan-buddies.html

    ReplyDelete