Name saya Syuhaidah.. umur saya 19 tahun 11bulan 28hari.. oleh sebab saya tak cukUp umur 20 tahun lagi, saya selalu rasa saya budak2 yang tak matang lagi.. =_=” Kau dah kenapa hah Syu tak memasal merepek meraban ni? Apedehal, sebelum marah2 apekate kita main lompat katak sesamew sebab hidup cuma sekali so kita enjoy.. heeee~ Okeyh merepek.. Semput kak Kiah merepek dengan korang2 nih.. Sebenar-benarnya, sempena tajuk entry hari ni aku nak mengemukakan bukti yang sohih lagi kukuh yang membuktikan aku sudah matang.. ahahahahakzz.. kelas kau Jah..
Ceritanya bermula
pada hari selasa lepas bersamaan 20hb November 2012, ketika aku sedang jalan
terkedek2 balik dari kelas kat bangunan UiTM yang tinggi kalah gunung Everest
tuh.. masa tu, dok sebok potpet potpet membebel dengan myza, jannah & ummu
tetibe mama call tanye pasal aku dah settlekan ke belum surat meyurat
pembatalan ptptn bagai tu.. dengan bangganya aku bagitau mama yang aku tak tau
pejabat pos yang ada dekat2 kat UiTM KBM nih.. dah la takde transport nak memandai
pegi drive, memang aku tangguh2kan la nak pergi pos surat tuh..
Hamek kau, mama
terus buat suara risau cakap dengan aku “angah dah lambat ni, kenapa tak pos
lagi surat tu nanti kalau sem depan tak settle lagi ptptn tu acaner?” aku pon
lagila cuak bila mama aku dah nakut2kan aku.. tetiba pulak aku teringat jadual
kelas aku hari rabu start lambat dalam pukul 12.30 tgh hari.. so, pagi tu ada
masa kot kalau nak pergi pos surat tu kejap.. tanya2 myza kat mane pejabat pos
yang dekat2 sini, dia pon bagitau yang paling dekat ada kat Jusco yang memang
biasa kitorang pergi berjimba tuh..(selama ni memang dah perasan ada pejabat
pos tu tapi buat2 tak nampak.. boleh cenggitu?)
Esok paginya,
hari Rabu, aku bangun pagi baru terhegeh2 nak buat tutor FAR yang Sir suruh
buat, memang kelam kabut la aku jadinya.
Dah dekat pukul 10 pagi baru aku sibuk download borang nak hantar kat
ptptn tu, pastu bersiap, kasi touch up siket muka(ha, yang ni tipu sebab pergi
pakai baju kurung je pon)… Satu benda
poyo yang aku buat kat sini ialah aku tak bagitau myza dengan jannah yang aku
nak pergi pejabat pos kat Jusco tu sebab aku tak nak susahkan diorang teman2kan
aku segala(bajet macam berani sangat la kan nak pergi sesorang) lepas myza tau
aku nak pergi sesorang bising gila dia macam kak jemah membebel..
Tapi sebab aku
cakap aku dah lambat dia tak boleh buat papelah.. tapi sempat gak la dia kirim
aunty anne si roti salut coklat tu.. ah, sudah..=_=” Dah cun semua aku pergilah sarung kasut heel
1inci setengah(tak yah nak high heel sangat la kan) pastu pergi turun lif, niat
nak pergi bangunan Mara dulu nak pergi print borang tu.. dah separuh jalan baru
aku perasan yang aku pakai kasut yang asyik nak terbukak je tali dia.. dah
macam orang senget dah aku jalan.. dah la dengan pakai baju kurung & beg
sandang belakang yang kembung semacam dengan buku2 & kertas aku tu da macam
budak sekolah jadinya..
Last2 patah balik
kolej pergi tukar flat shoes.. dah membazir masa dekat 15 minit kau.. pastu
hamek kau, berdesup aku jalan sebab dah lambat an.. Pergi print dulu pastu
terus pergi tunggu bas.. Dalam hati dah berdebar gile woo sebab first time nak
pergi shopping komplek sesorang nih.. tangan dah ready dah kepal penumpbuk
siap2 kalau2 ade yang mengacau.. haha.. :P Dah sampai Jusco, terus naik tingkat
2 menuju ke destinasi utama iaitu pejabat pos Malaysia..
Yeehaaa.. okeyh,
tak yah nak yeehaaa sangat la kan sebab kau dahla tak pernah pos surat2 semua
nih syu… selama nih dah manja sangat semua nak ayah buatkan, semua nak ayah
pergi settlekan.. nasib baik ayah kau tu hensem2 comel2 je sabar layan kerenah
kau syu.. hihi.. sampai2 je pejabat pos, aku tak tau nak buat ape.. niat nak
buat pos laju tapi blur semacam je aku.. kebetulan kat pejabat pos tu ada 1
family chinese ni, sorang mak dengan dua orang anak dia. Anak dia sorang
perempuan dalam umur 12 tahun, lagi sorang budak lelaki dalam umur 7 ke 8
tahun..
Laju je aku jalan
pergi kat aunty tu tanya dia macam mana kalau aku nak buat pos laju nak kena
ambil borang kat mana, macam mana nak buat semua. Pastu dia cakap pergi kaunter
dulu ambil borang, tapi aku pandang atas kaunter tu ada papan dengan lampu lip
lap lip lap warna merah tunjuk no giliran maksudnya kene ambil kertas no
giliran dulu la kan? Tapi acaner? Kat maner? Nampak mesin dia tapi tak pandai
nak tekan mana, dah lagi 1 masalah.. nak tak nak, terhegeh hegeh aku pergi
tanya aunty tu lagi macam mana nak tekan mesin no giliran tu..
Last2 anak dia
yang budak lelaki kecik tu, yang comel2 tu la yang ajar aku nak tekan button
mane.. oke oke, aku tau memalukan.. malunyew malunyew.. tapi dengan keazaman
yang tinggi aku nekad jugak.. haha.. dah
pergi amek borang tu dengan yakinnya aku isi.. tiba2.. krik krik krik krik..
ha, tu dia tu dia.. salah isi la pulak.. nama & alamat pengirim aku pergila
letak alamat penerima. Tak memasal kene pergi ambil borang baru.. adushh..
naseb baik abang yang jaga kaunter tu hensem2 semad2 je.. auww.. haha.. okeyh,
settle semua, bayar 6 hinggit & secara rasminya aku berjaya untuk pertama
kalinya pos barang.. yeay!!!
Dah siap tu aku
pergi beli aunty anne roti salut coklat tu untuk myza pastu terkedek kedek
balik jalan kaki dari Jusco ke UiTM sebab kejar kelas pukul 12.30 tgh hari..
nasib baik dekat dah biasa pergi Jusco jalan kaki.. semput mak cik tau.. so,
kesimpulan yang jelas dan nyata disini ialah disebabkan aku berjaya pergi ke
shopping kompleks sesorang & pergi pos surat sesorang dengan rasminya aku
isyhtiharkan bahawasanya aku budak matang..!!!! kihkihkihkih.. :P
Inilah contoh
baju yang dipakai syu ketika dia pergi ke Jusco.. bayangkan dengan kad matrik tergantung kat leher, dengan beg
sandang belakang kan comel macam budak sekolah.. auwww.. :P
|
No comments:
Post a Comment