E’eh
kau kiah, suka2 hati je ejek orang lain gemuk la, tembam la, chubby la.. ada
insuran mulut Rm 3juta ke yunk oii nak ejek2 orang macam tu? Ish ish ish…
terluka hati mak nak kalau orang ejek aku macam tu.. padahal aku da biasa dah
kena ejek macam tu sejak zaman muda2 dulu an... sobsobsob…
Yes
syg, pengalaman buat aku rasa macam fobia bila dengar benda2 macam tu. Even
sampai sekarang pon kalau ada orang tegur & cakap “syu, kau da kurus la,
siyes ni kau dah lain gila dari dulu” ada aku kesah? Hamek kau.. hehe..
sejujurnya, bila orang cakap macam tu aku still tak nak terima hakikat tu sebab
dah dari kecik orang ejek aku gemuk la, tembam la, pastu tetiba orang yang sama
yang ejek aku tu, puji2 aku pulak..
Addoii,
memang rasa macam nak pergi cangkul tanah & tanam pokok durian la kalau
diorang cakap aku da kurus.. bukan rasa riak, sombong apatah lagi membangga
diri, sama sekali tidak wahai saudara saudari sekalian (pergh, ayat BM macam
nak jadi sasterawan Negara lak) tapi membesar sebagai seorang budak yang
badannya berisi(cakap budak gemuk je kan senang.. =_=”) menjadikan aku seorang
yang selalu rasa rendah diri, berfikiran negative & tak pernah rasa diri
aku ni bagus.. (alololo cian dia eh)
Sebab tu aku faham apa rasanya jadi orang yang
kena ejek gemuk oleh orang sekeliling.. aum aum aum.. tacink tak memasal an..
hehehe. Memang bukan benda yang senang untuk someone tu terus berdiri tegak di
hadapan orang lain if dia asyik dipandang serong hanya kerana dia bertubuh
besar.. kalau aku ada keyakinan diri
yang tinggi tu lain la, bukan setakat berdiri je, golek2 depan orang pon aku
berani.. ni tak, kerja aku sembunyi, sembunyi & sembunyi..
The
only way untuk buat orang perasan kewujudan aku ialah dengan buat yang terbaik
dalam study & dapat result yang bagus.. tak patut kan macam tu.. ayat yang biasa kita dengar dari mereka2 yang
bertubuh besar ialah “orang yang tak pernah rasa jadi gemuk, betul2 gemuk, tak
kan tahu ape rasanya bila di ejek, di usik atau di tegur sebab kita gemuk” okay, klise.. memang la klise sebab tu lah
apa yang aku rasa..
Selama
aku membesar ni, dah kenyang dah dengar orang tegur aku si budak badan besar..
tak kisahla siape, kawan2 ke, sedara ke, tapi kebanyakannya sedara mare opcos
la kan.. salah satu sebab aku kurang muncul kat kenduri kendara ialah sebab
dulu masa kecik2 ada yang suke tegur saiz badan aku depan orang ramai, kite
malu la tu yang kite duduk diam2 kat rumah.. semuanya berubah bila aku start
masuk matrik..
Bila
aku start duduk kat asrama & aku sendiri yang kene uruskan makan minum aku,
maybe secara drastiknya berat badan aku turun mendadak.. bukan sebab aku diet
ke ape, tapi sebab jadual belajar matrik yang pack pastu memang aku belajar
berjimat..Dan sekarang, bila aku dah menginjak dewasa (ececehh..) & dah
matang sikit, sikitla tapi matangnya, slow2 aku cuba sesuaikan diri dengan
persekitaran aku..
Kadang-kadang
ada juga yang sibuk jadi kak kiah menegur aku punya saiz bvadan tapi apa yang
aku belajar sekarang, kalau ada yang tegur aku pasal hal tu, aku akan senyum
& sengih2 je. Sebab mama aku selalu cakap yang mulut orang ni tak boleh nak
tutup. Buarlah diorang dengan kebahagiaan diorang menyakitkan hati orang
lain.. Moral of the story here is, kita
kena selalu ingat, mesti bersyukur dengan apa yang kita ada & jangan sekali
kali merendah-rendahkan orang lain..
Ada
beza tak kita mase form 3 dengan kita masa dah jadik budak universiti? hukhukhuk...
|
Kalau
kita cantik, kita kurus, kita putih melepak sekalipun, bersyukur la dengan
nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita.. jangan kerana kita ada semua
nikmat tu, kite dengan mudahnya memperlekehkan orang lain.. dan jangan gunakan
semua nikmat tu ke jalan yang salah macam nak menggatal or mengusha orang
lain... : )
No comments:
Post a Comment