Friday, 28 December 2012

Segmen : Aku dan Blog


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Aku dan Blog…. Tajuk yang singkat tapi sungguh bermakna kan… Jom terjah ape cerita di sbalik segmen nih & join reramai.. kita klik banner bawah ni yee kekawan.. :)



Oke oke, first sekali syu nak story mory sikit pasal diri syu.. Nama pendek orang panggil Syu & nama panjang Syuhaidah… nak nama penuh? Alamak kene cek kat surat beranak la.. hehe.. cukuplah korang kenal si budak poyo seorang ni dengan nama panggilan syu or syuhaidah.. tahun 2012 ni adalah sweet 20 untuk syu.. sweet ke? Ahaaa, itu yang kita tak tau.. dalam meniti umur 20 tahun niyh, sejujurnya aku still rasa aku seorang budak kecik yang masih ada banyak lagi benda untuk di explore…  

masa serabai2 pergi keluar jogging kat river cruise...


Masih menuntut di uitm mengambil ijazah perakaunan yang membuat kepala aku berpusing 365 darjah.. satu kelemahan aku ialah aku budak suka menangis ala2 drama cerita melayu gituh.. hee~ dalam banyak2 benda, satu ni jelah yang paling aku lemah… muka dah kental dah, jalan dah ganas dah, gaya dah brutal dah tapi dalam hati masyaAllah taman bunga dia beribu spesis… aku rasa kalau tadah air mata nih dengan mangkuk dah penuh  berbalang-balang… senang tersentuh dan mudah menangis bila ada sesuatu yang buat aku sedih or ada problem yang tak mampu aku tanggung.

Yang paling penting, syu si budak poyo selalu nangis bila dia rindu rumah! Bila aku rindu mama, ayah, along, abang cik, denial dengan kucing2 kat rumah tu memang terus pergi lari peluk bantal busyuk & nangis puas2…. Dah lega, lap hingus, tengok kat cermin, mata bengkak pastu sengih sorang2 sebab tengok muka sendiri buruk bebenor.. haha.. memang family merupakan perkara yang paling sensitive buat aku, sayang diorang sesangad woO..

Aku seorang yang mudah memaafkan dan meminta maaf.. pernah kawan kat matrik aku dulu tanya aku “syu, kau takde ego ke?” semuanya sebab dulu aku selalu lembut hati.. tapi sekarang dah keras hati sikit lah, dah banyak makan garam kan.. ecececewahhh… satu perkara yang aku tak suka dari dulu ialah orang merajuk or sentap dengan aku sebab tu seboleh-boleh mungkin aku cuba tak buat benda tu kat orang, aku cuba tak tarik muka or merajuk lama2 dengan orang lain if aku terasa hati.. seriously, senang gila nak sejuk hati niyh tak sampai berapa jam dah boleh ketawa golek2 sama2 balik..

Cuma tu lah, orang kata orang yang jarang marah sekali dia marah meletop kebabom habis… aku takut aku jadi macam tu je, pendam punya pendam sekali dah tak tahan marah terus mengamuk macam hulk Hogan tapi nak jadi yang kaler biru boleh? Muehehe…  kucing adalah obsesiku.. kalau aku ada superpower, aku nak pujuk semua kucing2 kat dunia ni supaya bersatu hati tak mo gaduh2 & aku nak buat satu tempat perlindungan untuk bagi diorang makanan dan rawatan perbatan yang cukup supaya diorang tak terbiar..

Betul, kalau syu ada superpower puffgirl yang warna biru tu, syu nak halang semua orang dari buli or tendang kucing2 terbiar tu.. kucing2 tu Cuma mintak sikit je makanan dari diorang janganlah marah kucing2 tu.. *beremosi tak memasal.. hewhew.. seorang yang gila bergambar(sambil sengih macam kerang busuk) dan kawan2 aku selalu bising diorang membebel cakap aku fotogenik padahal kat luar realitinya aku seorang yang sangat serabai dan kalut(berbaur tomyam perisa jeles ye disitu..hihi) most of the time aku seorang yang suka berfikiran negative dan terlalu risaukan pandangan orang lain terhadap diri aku sehingga aku membataskan diri aku untuk melihat dunia luar dan memilih untuk terus bersembunyi…

Ini bila keluar berjalan.. hamek kau terus posing gituh.. hehe..


Sebab utama budak poyo buat blog : 

1. Adalah apabila aku melihat mereka yang menulis blog berkongsi kisah pengalaman hidup masing2 dan membuka mata aku untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza…
  
2. Apabila membaca pengalaman yang dikongsi blogger2 lain, aku belajar bahawa kita tidak perlu kelihatan sempurna untuk merasa bahagia asalkan kita sentiasa mencuba untuk menghargai yang lain agar kita dihargai dan dihormati barulah kita mengerti nikmat bahagia.. 

3. Memangla jeles tengok kekawan ade blog nak share story mory diorang sebab tu aku try belajar buat blog untuk share pengalaman yang aku lalui.. hasilnya terciptalah blog yang simple niyh.. nanti dah advance syu cantik2 kan lagi eh blog niyh keyh..

4. Time boring2 dah jemu ngadap facebook, blog lah tempat aku lepaskan bosan.. baca blog2 oranglain buat aku kadang2 tersenyum, ketawa & even menangis sorang2 mengadap laptop. it is nice to have that feeling..  

1. Blog Kak Fatin Liyana yang syu dah start baca sejak zaman matrik dulu.. 
2. Blog Eijat Abdullah blog gila2 yang superb dengan ayat yang boleh buat syu ketawa & menangis tiba2.. hebat2.. *tepuk2 tangan..
3. Blog Kak Nadia comel yang support blog syu masa syu awal2 start tulis blog, dia rajin komen kat post syu.. thanks kaka..
4. Blog Kak Lyssa yang bagi banyak tunjuk ajar nak cantikkan blog2 niyh.. tengkiuuu..
5. Blog online kad shop along syu yang buat.. hee~ dia kreatif buat kad & amek order orang tempah.. do blogwalking here keyh semua. :)


*By the way, syu budak baru belajar dalam dunia blog harap semua sudi beri tunjuk ajar.. haipppp tunjuk ajarku sifu..! thanks paly sebab invite syu join segmen niyh.. *senyum lebar2 sambil angkat2 kening.. hee~ :D

Thursday, 27 December 2012

GiveAway By Cartieca Story

This time I wanna try this one.. hope it will be the lucky me.. :D



Jom join giveaway niyh.. kite klik reramai kat banner atas ni keyh.. :D

 Goodluck everyone.. :)

Monday, 24 December 2012

Photo Contest : Be Yourself ! by HannaNabiella


            Assalamualaikum…. Hai korang, kali ni syu nak try join “Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella”  excited tahu syu nak join sebab syu dapat explore lagi banyak blog orang, lagi ramai kawan2 dalam dunia blogger & lagi banyak pengalaman yang syu dapat kongsi sesame rupanya bila syu join segmen & contest blogger lain.. so, Syu decide nak join contest hanna ni sebab syu pown nak share sesame part of things yang buat syu jadi diri syu sekarang... syu rasa ni la peluang korang2 nak share pengalaman best korang...  Jomla korang join contest nih, jom kita klik banner kat bawah ni sesame eh.. 1, 2, 3 klik…! Hee~ :D 


Tadaaaaaa.. syu nak pertaruhkan gambar top secret ni, iaitu gambar syu dengan classmate syu masa syu kat Kolej Marikulasi Melaka dulu.. muehehe... :P *hanna, syu bagi dua gambar yee.. hehe..

We all in this together... :)

Thanks korang sudi jadi kawan syu, walaupun syu ni senget..hihi.. :)
                 Dah nak dekat dua tahun kitorang habes study kat matrik Melaka tu tapi banyak sweet memories yang tak kan boleh syu lupakan dengan diorang… Walaupun kitorang cuma study kat matrik setahun je tapi masa tu susah senang semua sama2 tempuh.. ada masa sedih, ada masa happy, ada masa tacink, ada masa menggile datang semua kitorang redah… masa syu sekolah dulu syu tak pernah duduk dekat asrama, so masuk matrik la pengalaman first stay jauh dari family.. dengan kawan2  syu ni lah syu belajar berdikari dan share banyak benda sesame dan kenal dunia luar.. thanks thanks & thanks korang!!! syu sayang korang sesangat.. <3  hope persahabatan kita kekal sampai bila2 walaupun sekarang semua dah belajar kat university lain2 & jauh2... :)  *kalau ade rezeki, insyaAllah cuti sem ni kitorang nak buat reunion.. excitednye nak jumpe diorang semua.. hee~ 



p/s : ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita berkawan sampai bila-bila.. <3


Sunday, 23 December 2012

Segmen Sabtu By Emas Putih

    
          Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. tadaaaa.. berpantun dua kerat bagai pulak..hehe.. kalini, syu di invite oleh sorang blogger ni name dia kak nadia untuk join Segmen Sabtu By Emas Putih ni.. excited meyh.. yela syu baru first time nak cuba join moin segmen2 kat blog2 nih..biasanya cuma blogwalking & tengok2 je tapi dah dapat peluang ni kita balun je apelagi kan.. mane tau ade rezeki dapat menang baru kasi kembang sikit hidung ni hah.. muehehe.. Kalau sesiapa nak try join bolehla klik banner ni..



Syu nak ajak kawan syu, dia pown blogger baru macam syu jugak so, si myza citra pelangi jom cube.. hee~

*Jom cuba reramai, pastu kita meriah sesame keyh.. jom jom jom korang... :D